Hospital di Gaza dalam keadaan tenat.

Khamis ,01/01/2009 –
Hospital utama Gaza, al-Shifa, kini sibuk melayan kemasukan ramai mangsa yang cedera dalam serangan udara Israel bermula 27 Disember lalu, menurut sumber hospital. Kakitangan dan para pesakit berasa takut kemungkinan Israel akan menyasarkan tempat berikutan pemimpin Hamas, pergerakan Islam yang mengawal wilayah tersebut melakukan sidang akhbar di situ.

Hospital itu telah memindahkan beberapa peralatan perubatan ke tingkat bawah tanah. Ketua Jabatan Perhubungan Antarabangsa, Kementerian Kesihatan Gaza, Medhat Abbas memberitahu IRIN: “Al-Shifa tidak pernah menerima kesemua ratusan pesakit secara serentak. Kakitangan hospital hanya menggunakan kain untuk memberhentikan pendarahan dan banyak pesakit telah mati akibat kekurangan bekalan dan peralatan.”