Khamis ,01/01/2009 –Perdana Menteri Israel , Ehud Olmert telah mengesahkan Rabu lalu bahawa beliau di galakkan oleh segolongan pemimpin-pemimpin Arab bukan untuk menghentikan pencerobohan terhadap Semenanjung Gaza.
Pembunuhan beramai-ramai oleh rejim Zionis di Gaza telah membunuh hampir 400 nyawa Penduduk Palestin, kebanyakan adalah anak dan wanita, dan yang tercedera di sekitar 2000 , sekurang-kurangnya 200 yang tercedera dilaporkan kritikal.
Akhbar Haaretz turut melaporkan Olmert menyatakan empat syarat sebelum bersetuju menghentikan serangan ke atas Gaza.
Syarat tersebut termasuklah , pejuang Palestin di kehendaki menghentikan sebarang tembakan roket buatan sendiri terhadap penempatan Israel (baca : tanah asal rakyat Palestin 1948 ), menghentikan penyeludupan senjata melalui terowong sepanjang sempadan-sempadan Gaza Mesir, dan menubuhkan sistem penyeliaan bagi memastikan Hamas akan melaksanakan syarat tersebut.