Masri : Hamas akan menang dalam peperangan ini.

Khamis ,01/01/2009 –Penggubal Undang2 Palestin , Mushir Al-Masri dari pergerakan Hamas telah menolak tuduhan segolongan pemimpin Arab pada Rabu lalu yang nasib Hamas di dalam tangan Iran dan Syria, dan beliau menegaskan yang Hamas akan menang pertempuran menentang rejim Zionis di Gaza.

Menurut Masri, tuduhan-tuduhan seumpama itu adalah sebahagian daripada agenda Israel dan US untuk menyerah diri sepenuhnya dan tunduk kepada US.

Suara2 bacul seperti itu sepatutnya pergi dari gelanggang lelaki sebenar yang ingin mengembalikan maruah dan kehormatan ummah “,ujarnya dalam satu temubual dengan Quds Press.

Beliau turut menekankan yang Hamas masih merupakan barisan pertama pertahanan dalam umat Arab dalam serangan rejim Zionis sekarang ini.

Masri menegaskan bahawa kerajaan PA Ismael Haneyya akan melaksanakan dengna terperinci apa yang sedang berlaku di Semenanjung Gaza.