Terkini : 16 lagi rakyat Palestin terkorban semalam.

Jumaat ,02/01/2009 –Tentera udara rejim Zionis pada petang Khamis, telah mengebom rumah Dr Nizar Al-Rayyan, menyebabkan beliau dan 15 ahli keluarga beliau terbunuh.

Rumah yang disasarkan oleh tentera udara rejim Zionis berada dalam kem pelarian Jabalya yang penuh sesak menyebabkan banyak kerosakan rumah berdekatan serta kecederaan.

Dr Rayyan adalah seorang pensyarah universiti Islam dan mendapat penghormatan yang meluas sekitar kem pelarian Jbalya, terutama kerana beliau sentiasa berada di barisan depan demonstrasi menentang penjajahan rejim Zionis , bukan sahaja itu malah beliau tidak pernah teragak-agak untuk memakai sut ketenteraan dan menyertai Qassam Brigades dalam mempertahankan kem sepanjang serangan mendadak rejim Zionis..

Dr Rayyan juga juga yang mengambil inisiatif dua tahun lepas melindungi kediaman dengan membentuk perisai manusia daripada serangan udara rejim Zionis.