Mesir rakan kongsi Israel dalam serangan terbaru ?

Jumaat ,02/01/2009 –Dr Osama Al-Muzzaini , salah seorang pemimpin politik bagi pergerakan Hamas di Semenanjung Gaza, telah menggariskan pejuang Palestin masih berkemampuan untuk berlawan dan akan menyediakan “kejutan-kejutan” untuk angkatan tentera rejim Zionis.

Beliau memberitahu pihak media di pejabat Hamas di bandar Gaza , Hamas tidak pernah bersetuju pada “keadaan musuh yang amat memalukan ” dan menolak kepada sebarang gencatan senjata.

Muzzaini menuduh bahawa Mesir berpakat sulit dengan musuh Zionis dan merupakan rakan kongsi dalam pencerobohan ini, tambah beliau ketua risik Mesir , Omar Suleiman telah dipetik sebagai berkata , Hamas patut di beri satu pengajaran.