Hari ketujuh, rejim Zionis terus membedil Gaza. Kematian terkini , 428 orang.

Sabtu ,03/01/2009 –Untuk hari ketujuh, tentera udara rejim Zionis terus menggempur Semenanjung Gaza. Sumber-sumber Palestin melaporkan jet rejim Zionis telah mengsasarkan beberapa kediaman penduduk Palestin di beberapa bahagian Semenanjung Gaza. Antara sasaran ialah bengkel-bengkel, sekolah tempatan dan kenderaan awam.

Sumber-sumber perubatan menyatakan sepanjang serangan pagi Jumaat tadi , tiga warga Palestin telah terbunuh, dan sekurang-kurangnya 20 orang lain telah cedera. Antara mereka yang terbunuh adalah Fo’ad Al Mutawak, apabila rumahnya yang terletak di kem pelarian Jabalyia, bahagian utara kawasan pantai, telah diserang oleh tentera udara rejim Zionis.

Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza melaporkan setelah serangan pagi Jumaat tadi, jumlah terkini maut di Gaza, ialah seramai 428 orang . Pihak Kementerian menambah bahawa terdapat tambahan 2,220 cedera, antaranya sekurang-kurangnya 300 adalah dalam keadaan kritikal.