Kenyataan Akhbar JIM Berkenaan Keganasan Rejim Zionis Israel Di Gaza


Salah satu NGO di Malaysia, Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia (JIM) tampil ke hadapan menyuarakan bantahan terhadap tindakan kebinatangan Rejim/Pengganas Israel terhadap penduduk Palestin di Gaza.

KENYATAAN AKHBAR PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA (JIM) BERKENAAN KEGANASAN REJIM ZIONIS ISRAEL DI GAZA

Serangan Israel keatas kem pelarian Palestin di Jabaliya Semenanjung GAZA sejak 28/9/2004 telah menyebabkan seramai lebih 100 orang terbunuh dan ramai mengalami kecederaan. Sekurang- kurang nya 50 buah rumah dirobohkan menyebabkan ratusan penduduk kehilangan tempat tinggal.

Alasan Israel untuk menyekat perlancaran roket dari GAZA adalah tidak munasabah dengan mobilisasi tentera seramai 2,000 orang dan kereta kebal sebanyak 200 buah. Perbuatan mengunakan ?excessive use of force? adalah menyalahi undang- undang antarabangsa.

Keganasan yang dilakukan oleh tentera rejim ini merupakan sesuatu yang melanggar Konvensyen Geneva 1949, Deklarasi Hak Asasi Manusia (DHR) 1948 dan juga perjanjian- perjanjian damai yang telah mereka lakukan bersama Pihak Berkuasa Palestin (PA). Keganasan tersebut juga amat bertentangan dengan sifat kemanusiaan dan tidak diiktiraf oleh mana- mana agama.

Di atas kesedaran ini, JIM ( Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia ) merasa bertanggung jawab sebagai masyarakat madani ( civil society ) untuk ;

1) Mengutuk rejim Zionis terhadap keganasan yang telah mereka lakukan di Jabaliya dan menggesa mereka agar mengundurkan tanpa syarat tentera- tentera mereka dari Jalur Gaza dengan segera berdasarkan ketetapan PBB

2) Mengutuk tindakan Amerika Syarikat (AS) yang telah menyokong keganasan Israel dengan mengunakan kuasa veto mereka untuk menghalang usul menggesa rejim untuk berundur dari Gaza pada persidangan Majlis Keselamatan PBB pada 6/10/2004.

3) Menggesa agar Kesatuan Eropah (EU) , NATO, NAM, OIC dan ASEAN untuk :

3.1- Mengutuk tindakan Israel dan sokongan AS terhadap mereka

3.2- Menggesa Israel menggundurkan tentera meraka dari Jalur GAZA dengan segera.

3.3- Memutuskan segala hubungan diplomatik dengan Israel sehinggalah mereka mengundurkan tentera mereka secara keseluruhan dari Jalur Gaza dan Tebing Barat.

3.4- Mengenakan sekatan ekonomi ke atas Israel jika enggan berbuat demikian.

4) Menggesa Kerajaan Malaysia untuk :

4.1- Menggunakan pengaruh Kuala Lumpur di NAM dan OIC untuk melaksanakan gesaan- gesaan di atas.

4.2- Meningkatkan kesedaran di kalangan rakyat tentang isu sbenar melalui jentera- jentera kerajaan.

4.3- Menyemarakkan kempen boikot produk- produk syarikat pro- Zionis dan Amerika serta tidak menghalang usaha boikot yang dijalankan oleh rakyat.

5) Menyerah memorandum yang ditandatangani bersama NGO dan Parti Politik pada 15/10/2004 (Jumaat 10.00 pagi) untuk membantah keganasan Israel di Gaza.

6) Menyeru umat Islam agar meningkatkan ketaqwaan di bulan Ramadhan serta memperbanyakkan doa buat saudara mereka di Palestin.

Sekian,

Presiden ,
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.