441 kematian terkini, hospital Gaza sesak dengan pesakit.

Ahad ,04/01/2009 –Israel meneruskan untuk kelapan hari berturutan serangan ketenteraannya mengsasarkan orang awam sepanjang Semenanjung Gaza mengakibatkan dalam kematian 441 rakyat Palestin termasuk lebih daripada 70 orang kanak2.

Dr Muawiya Hassanein, Pengarah ambulans dan kecemasan Kementerian Kesihatan, berkata kebanyakan mangsa-mangsa adalah orang awam termasuk 36 wanita dan 70 orang anak, mengakibatkan hospital-hospital Gaza penuh pesakit-pesakit dan kecederaan yang tidak dapat ditampung lagi..

Dr Bassem Naim, Menteri Kesihatan, mengingatkan yang hasil serangan rejim Zionis terhadap rakyat Gaza meningkat kerana tedapat lebih 400 orang awam Gaza yang cedera parah.

Dr Naim menyatakan bahawa tedapat kekurangan teruk ubat-ubatan dan peralatan perubatan yang digunakan untuk mengendalikan situasi-situasi kecemasan, 50 peratus ambulans-ambulans sedang rosak kerana kekurangan alat ganti akibat pengepungan tentera rejim Zionis.