Israel boleh menjadi Negara terpinggir.


Jumaat, 15/10/2004 – Kerajaan Israel hari ini melaporkan bahawa Negara tersebut boleh menghadapi sekatan dan menjadi negara yang dipinggirkan sekiranya konfliknya dengan penduduk Palestin tidak berjaya diselesaikan.

Di dalam satu laporan sulit ramalan 10 tahun, analisa dari menteri luar memberikan amaran bahawa kepentingan Israel mungkin akan bertembung dengan kemahuan negara Eropah dan akan semakin terasing daripada dunia luar dan polisi-polisinya.

Laporan itu berkata, sekiranya blok 25 negara tersebut dapat mengenepikan perselisihan dalaman dan menyatukan polisi luar, ia dapat memecahkan domimasi Amerika Syarikat ? rakan utama Israel ? dan ?mengancam kepentingan israel?.

Laporan tersebut berkata bahawa kesatuan Eropah yang kukuh ini akan meminta Israel untuk mencapai perdamaian dengan penduduk Palestin atau terpaksa menhadapi pilihan sekatan ekonomi yang teruk.

?Ini akan menyebabkan pertembungan kita dengan negara Eropah? Menurut laporan tersebut. ?Pertembungan seumpama ini mungkin akan mengakibatkan Israel hilang perngiktirafan negara sah antarabangsa dan juga akan terasing seperti mana yang berlaku kepada Afrika Selatan.?


(kanan)Mangsa pengganas Israel tidak mengenal usia dan jantina

Perhubungan yang tegang

Hubungan Israel dan Kesatuan Eropah (EU) telah lama tegang kerana tuduhan Israel bahawa EU mengamalkan sikap pilih kasih terhadap penduduk Palestin. Ia semakin merenggang apabila negara-negara Eropah mengecam hebat tentera Israel yang menyerang kawasan penempatan penduduk Palestin.

Israel lebih mudah bekerjasama dengan Washington mengenai polisi Timur Tengah. Namun begitu, penduduk Palestin sudah sekian lama mendesak peranan negara Eropah untuk turut campur tangan, melihatkan mereka lebih cederung dan bersimpati kepada penduduk Palestin.

Perdana Menteri Israel Ariel Sharon telah mengugut untuk membekukan campurtangan EU dalam proses damai setelah EU menyokong resolusi perhimpunan agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mendesak Israel meruntuhkan tembok yang dibinanya yang sebahagian besar masuk ke kawasan yang diduduki di Tebing barat. Penduduk Palestin telah mengutuk tembok tersebut sebagai ?tembok apartied yang rasis?.

Christina Gallach, jurucakap bagi ketua polisi luar EU Javier Solana mengakui bahawa terdapat perselisihan faham yang besar di antara Israel dan EU mengenai perjanjian damai tetapi menyatakan bahawa Eropah mempunyai hak memainkan peranan.

? Israel mahu menghadkan hubungan EU kepada perdagangan dan teknologi sahaja? katanya ?Tetapi kita mesti mempunyai peranan di dalam proses damai timur tengah?

Di Geneva, pemeriksa hak asasi manusia dari PBB melaporkan pada Khamis bahawa EU sepatutnya menimbang untuk menggantungkan perdanagan engan Israel kerana polisinya di kawasan yang diduduki.

Menurut Jean Ziegler, seorang pemeriksa dan pegawai kepada hak untuk makanan, menyatakan bahawa tindakan tentera Israel telah secara langsung mengakibatkan peningkatan kepada jumlah kebuluran dan masalah kesihatan di kalangan penduduk Palestin

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.