Terkini : 2 askar rejim Zionis ditangkap Brigade Qassam.

Isnin ,05/01/2009 –Qassam Brigades, sayap bersenjata Hamas , telah berjaya menawan pada hari Sabtu dua orang tentera rejim Zionis di kawasan Jabal Al-Rais, timur bandar raya Gaza, di mana mereka adalah di pindahkan ke satu tempat selamat jauh daripada medan perang, laporan media berkata.

Penangkapan dua tentera rejim Zionis berlaku apabila pejuang-pejuang Qassam menyerang hendap satu pasukan tempur khas rejim Zionis di Gaza dan meletupkan bom peledak terhadap tentera rejim Zionis yang mengakibatkan beberapa orang cedera.

Jurucakap Qassam, Abu Obeida menyatakan bahawa Qassam tidak akan memberi sebarang fakta percuma kepada rejim Zionis berikutan penangkapan askar mereka , dan menambah dunia akan mendengar kejutan demi kejutan dalam masa2 akan datang.