Bank Pembangunan Islam Sumbang 25 Juta USD Untuk Mangsa Korban Gaza


Jumaat, 15/10/2004 –
Bank Pembangunan Islam mengumumkan program sumbangan sejumlah 25 juta USD yang dikhususkan untuk pertolongan pertama bagi rakyat Palestin yang terkorban akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza.

Pihak bank menyatakan bahawa program ini dilakukan sesuai rencana Asosiasi Arab dan Dunia untuk Pembangunan Palestin yang berpejabat di Lebanon, dalam satu sesi kepada wartawan.

Nilai sumbangan itu menurut bank sebahagiannya, sejumlah 10 juta USD adalah sumbangan dari Tabung Pembangunan Ekonomi Sosial Arab yang dilancarkan melalui program baru. Sementara Bank Pembangunan Islam dan Tabung Al-Aqsha menyumbang 12 juta USD.

Dana ini akan disalurkan untuk sebahagian kehancuran tanaman rakyat Palestin di Semenanjung Gaza termasuk kemusnahan tempat tinggal, kesihatan, air, disamping kerja-kerja baik pulih rumah, jalan dan kawasan awam.

Sementara itu, negara Kuwait menyumbang 1 juta USD untuk bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.