3 Gugur Syahid Dalam Serangan Terbaru Israel ke atas Gaza


Tiga warga Palestin gugur syahid dan puluhan lainnya mengalami cedera dalam serangan yang dilancarkan helikopter tempur milik pasukan Israel ke atas kampung Zaetun, Gaza hari ini, Rabu (12/05).

Seorang koresponden TV Aljazeera di Gaza, seperti yang digambarkan dalam hompejnya, mengatakan bahwa sejumlah rumah dihujani dengan peluru Israel dan di antara yang terkorban dua bayi dan dua wanita.

Koresponden itu menjelaskan 22 yang cedera parah sudah dipindakan ke hospital selepas serangan yang terbaru itu. Ini juga menggambarkan bahwa Hospital nel-Shifa di Gaza penuh sesak sementara ambulans terus memindahkan mereka.

Serangan terbaru ke kampung Zaetun ini dilakukan setelah helikopter Apache buatan AS melepaskan tembakan ke arah salah satu rumah milik pejuang Hamas di kampung tersebut. Akibatnya, tidak kurang dari enam warga Palestin tercedera.

Operasi zalim Israel ini terus dilakukan ke kampung Zaetun dengan melarang para penduduknya keluar rumah dan menempatkan penembak tepat di atas rumah mereka. Sedangkan jentera berat digunakan terus untuk merobohkan bangunan-bangunan di kampung tersebut.

Pertempuran sengit terjadi antara pasukan Israel dengan pejuang-pejuang Palestin di masjid Hasan Al-Banna yang terletak di kampung. Pada hari Selasa (11/05) pejuang-pejuang Palestin berjaya membunuh enam askar Israel.

Dalam pada itu, turut dilaporkan bahwa pejuang mujahidin berjaya menghancurkan sebuah kereta kebal Israel di daerah Al-Mintar sebelah timur kampung el-Shuja’ea, Gaza. Koresponden Aljazeera itu, mengutip dari sumber-sumber mujahidin dan para saksi, menjelaskan bahwa kereta kebal itu terbakar dan api terus marak setelah ditembak bertalu-talu oleh pejuang mujahidin.

Brigade Al-Qassam, sayap tentera Hamas mengumumkan bertanggungjawab atas letupan kenderaan jenis Hummer milik Israel.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.