17 rakyat Palestin terkorban hari ini di Gaza.


Gaza,Selasa, 26/10/2004 – Lebih 17 rakyat Palestin terkorban hari ini selepas serangan Rejim Zionis (RZ) yang telah melancarkan roket ke arah selatan Jalur Gaza iaitu dibandar Khan Yunus.

Seorang budak berumur 8 tahun terkena tembakan dibahagian leher .
Serangan RZ kali ini menggunakan pesawat tanpa pemandu dilengkapi pula dengan kereta kebal dan jentolak, wakil al-jazeera melaporkan.

Pada subuh tadi, seorang disahkan terkorban manakala 84 yang lain cedera. Gabenor Khan Yunus, Husni Zuarab melaporkan masjid turut musnah dalam serangan tersebut.

Pada pagi Isnin (25/10/2004), 2 RZ mati apabila roket Palestin tepat mengenai kereta kebal mereka. Izz al-Din al-Qassam, sayap kepada HAMAS mengaku bertanggungjawab ke atas serangan tersebut.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.