Parlimen Israel Meluluskan Pelan Pengunduran


Rabu, 27/10/2004 – Parlimen Israel telah meluluskan pelan pengunduran Ariel Sharon (AS) di Jalur Gaza dan sebahagian Tebing Barat.Selepas tempoh 2 hari perdebatan yang hangat, ahli Knesset telah mengundi 67 – 45 dengan 7 berkecuali yang merupakan pengunduran pertama sejak tanah Palestin dicerobohi rejim Zionis pada tahun 1967.

Tetapi pelancaran pengunduran itu turut berkehendakkan undian kepada AS pada pilihanraya pada March 2005. Kemenangan AS agak kabur kerana ramai ahli parti Likud tidak bersetuju dengan pelan tersebut.

Pelan tersebut mendapat sokongan kuat daripada parti pembangkang pimpinan Shimon Peres.

Sejurus selepas mendapat kelulusan itu, AS menggugurkan Menteri Kabinet Uzi Landau dan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Michael Ratzon kerana tidak mengundi pelan tersebut.

AS yang dahulunya juara rakyat Israel kerana pro-aktifnya merampas tanah Palestin kini menjadi orang dibenci kerana rancangan pengunduran tersebut.

Di luar parlimen, pelbagai sepanduk menandakan bencinya rakyat Israel kepada AS dipamerkan manakala dewan parlimen dikawal ketat oleh pasukan keselamatan.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.