Kata?Kata Hikmat Dr A. Aziz al-Rantissi


?Saya menyeru anda semua agar tenang, seandainya Rantissi, al-Zahhar, Haneya, Nazzar Rayyan, Said Siyyam dan semuanya gugur syahid (dibunuh Israel), demi Allah perjuangan kita akan bertambah gemilang dan membuatkan kita semakin mencintai jalan ini. Tangan ? tangan kita yang menggenggam senapang di dunia ini Insya Allah akan berpelukan bersama di sisi Allah (di syurga nanti).

Oleh itu silalah Sharon dan kuncu ? kuncunya meneruskan apa yang mereka inginkan di sini, kami akan sentiasa meneruskan perjuangan ini. Jalan yang kami lalui ini memang payah, namun, inilah satu ? satunya jalan yang akan menghantarkan kita semua kepada cita ? cita kami (iaitu syurga). Di atas dasar inilah kita tidak akan sekali ? kalai merasa lemah, tidak akan menyerah dan tidak akan juga menghinakan diri kami (dengan menyerah kalah kepada Israel)?.

– Ucapannya sebelum beliau gugur syahid kepada anggota HAMAS di Gaza.

?Kami, iaitu HAMAS, Jihad Islami, Fatah, Front rakyat dan front Demokrasi dan semua sayap militan rakyat Palestin akan menuntut bela di atas kematian Syeikh Ahmad Yassin, darah ? darah kami tidak akan mengalir sia ? sia!?

– Dalam salah satu ayatnya di dalam ucapan tersebut.

?Kita mengetahui bahawa Amerika adalah musuh Allah, musuh Islam dan juga musuh umat Islam. Amerika telah mengisytiharkan perang terhadap Allah, Sharon juga telah mengisytiharkan perang terhadap Allah, dan Allah pun telah mengisytiharkan perang terhadap Amerika, Bush dan Sharon…dan peperangan di atas nama Allah akan berterusan ke atas mereka semua. Saya dapat melihat kemenangan semakin hampir yang akan muncul di bumi Palestin, dan kemenangan tersebut akan bersama dengan HAMAS?

– Komentar beliau selepas Amerika menggunakan vetonya untuk membatalkan resolusi Majlis Keselamatan PBB yang mengutuk serangan Israel ke atas Syeikh Ahmad Yassin.

?Kita akan bersatu di bawah panji perjuangan (menentang Israel dan menuntut kemerdekaan) . Kita tidak akan menyerah ! dan kita juga tidak akan tunduk kepada keganasan Israel!?

– Selepas beliau dilantik menjadi ketua HAMAS di Gaza menggantikan Syeikh Ahmad Yassin.

?Yassin adalah figur ummah, dan juga ummah di dalam figur manusia. Pembalasan di atas kematiannya juga akan mengikut saiz manusia ini (seluruh ummah). Dan kamu akan melihat hasilnya, dan bukan hanya sekadar kata ? kata…?

– Selepas pembunuhan Syeikh Ahmad Yassin.

?Kita akan mati juga satu hari nanti, tiada apa yang akan berubah. Samada kematian tersebut dengan Apache ataupun dengan sakit jantung (yang pasti kita saya akan mati), dan saya memilih untuk mati dibom oleh Apache (Israel)?

– Jawapan beliau ketika ditanya adakah HAMAS akan merubah strateginya selepas kematian Syeikh Ahmad Yassin demi menyelamatkan nyawanya…

?Operasi bom syahid ini, walau siapa pun yang berada di belakangnya adalah sesuatu yang normal sebagai tindak balas kepada keganasan Israel terhadap rakyat Palestin…?

– Komentar beliau krtika ditanya mengenai peristiwa pengeboman syahid (berani mati) di sebuah perhentian bas yang dipenuhi oelh tentera ? tentera Israel berdekatan dengan Rishon Letzion di Baitul Maqdis.

?Mereka memikirkan bahawa dengan membunuh pemimpin ? pemimpin kami mereka akan dapat memberhentikan jihad, mereka silap !!!…semua anggota HAMAS , dari peringkat akar umbi sehinggalah kepada peringkat pimpinan mendambakan syahid seperti Ismail Abu Shanab…?

– Ogos 2003, selepas tentera Israel membunuh pembantu Syeikh Ahmad Yassin, Ismail Abu Shanab.

?Perkataan gencatan senjata tidak terdapat di dalam kamus kami…perjuangan menuntut kemerdekaan akan diteruskan sehingga kami berjaya mencabut mereka (Rejim Zionis) dari tanah air kami!?

– Jun 2003, komentarnya selepas Mesir menawarkan HAMAS untuk melakukan gencatan senjata dengan Israel.

?Rejim Zionis akan membayar balik dengan harga yang tinggi terhadap jenayah ? jenayah yang telah mereka lakukan!?

– Jun 2003 di atas katil hospital selepas beliau terselamat dari percubaan membunuhnya oleh tentera Israel.

– Sumber :
1- www.islam-online.net.
2- www.palestine-info.com
3- www.bbc.com
4- www.info-palestina.com

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.