Kes Salman Safadi Disiasat


Khamis, 28/10/2004 – Polis Israel telah memulakan siasatan terhadap pembunuhan seorang budak Palestin oleh remaja Israel di penempatan haram Israel Tebing Barat.


Keputusan juri menjadi keraguan kerana budak Palestin tersebut dilaporkan menceroboh
ke dalam penempatan tersebut. Salman Safadi (16 thn) telah dibunuh oleh di pusat kawalan Yitzhar Selatan berhampiran Nablus.

Laporan pihak tentara mengatakan Salman cuba memasuki rumah tetapi ditembak oleh pemilik rumah berkenaan. Laporan semalam mengatakan Salman tidak bersenjata dan sama sekali tiada kaitan dengan HAMAS.

Kawasan penempatan haram Israel Yitzhar beberapa kali dilaporkan mengancam keselamatan warga Palestin. Orang awam Israel bebas membawa senjata dengan alasan mempertahankan diri tetapi warga Palestin sendiri dituduh pengganas jika berbuat demikian.

Hospital Rafidiah di Nablus melaporkan Salman ditembak dibelakang serta salah satu tangannya patah dipercayai dipukul terlebih dahulu.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.