October 28, 2004

Rejim Zionis Bongkar Kubur Syuhada di Khan Yunis

Written by


Khan Yunis, Khamis, 28/10/2004 –
Beberapa saksi menyebutkan bahawa rejim Zionis membongkar kubur para syuhada Palestin di Khan Yunis, selatan Jalur Gaza. Hal itu dilakukan sebelum mereka meninggal wilayah tersebut tiga hari lepas dan menyerang penduduk menyebabkan seramai 18 orang terkorban.

Menurut saksi, rejim Zionis membongkar dua kubur milik Salim dan Yusuf Shahwan. Keduanya adalah anggota Brigade Izzudin Al-Qassam di Khan Yunis. Israel juga membongkar kubur keluarga milik rakyat Palestin yang lain.
Sumber-sumber Palestin di Khan Yunis mengatakan, rejim Zionis melarang rakyat Palestin untuk mengebumikan jenazah yang terkorban akibat serangan Israel di Khan Yunis. Selain itu, kelihatan kereta-kereta kebal dan rejim Zionis berkeliaran di kawasan perkuburan. Mereka turut melakukan kerosakan dengan memijak-mijak kubur dan menghalang rakyat Palestin untuk kebumi jenazah.

Category : Uncategorized

Comments

One Response

  1. Emperor H says:

    sampai mcm tu skasli mereka buat ish2

Proudly powered by WordPress and Sweet Tech Theme