Dugard : Israel bunuh pelan damai


Jumaat, 29/10/2004 – “Israel telah membunuh pelan damai di Timur Tengah dengan bantuan belakang dari Amerika”, seorang pakar kemanusiaan berkata.


“Jalan perdamaian telah tamat. Israel telah memusnahkannya”, John Dugard, profesor undang2 dari Afrika Selatan dalam perhimpunan UN semalam.

“Dunia mengharap kepada Amerika sebagai pemimpin dan dunia tidak dapat seperti yang diharapkan”, kata beliau yang merupakan pemerhati penempatan Palestin bagi Jawatankuasa Kemanusiaan UN.

Kenyataan beliau disuarakan selepas Presiden PLO, Yasir Arafat diterbangkan ke Perancis kerana masalah kesihatan yang sekaligus menambahkan lagi ketidaktentuan dalam arena politik Palestin.

Dugard, dalam laporan bulan lepas, menuduh pembinaan Tembok Apartheid oleh rejim Israel adalah semata untuk merampas tanah warga Palestin.

Jean Ziegler dari Switzerland , pakar kemanusiaan dari UN dalam urusan penghantaran makanan kepada warga Palestin telah dinafikan hak utk berbuat demikian oleh rejim Zionis.

Beliau turut menulis penjualan besar-besaran jentolak Catterpillar kepada rejim Zionis oleh Amerika turut mengengkari hak kemanusiaan Palestin.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.