Tiga tentera rejim Zionis cedera parah


Rafah, Jumaat, 29/10/2004 – Pejuang Palestin telah berjaya melakukan serangan roket ke atas penempatan Yahudi Moraj petang semalam, 28/10/2004 di utara bandar Rafah. Serangan tersebut telah berjaya mencederakan tiga tentera rejim Zionis yang sedang berkawal di pos tentera di sana.

Menurut sumber Zionis, tiga tentera yang terkena serangan roket tersebut berada di dalam keadaan parah dan telah dimasukkan ke dalam wad kecemasan. Para pejuang Palestin menyifatkan serangan tersebut sebagai serangan balas terhadap keganasan Israel di kem Jabaliyya awal bulan ini yang telah meragut lebih 100 nyawa rakyat Palestin.

Penduduk Palestin di Rafah mengatakan kepada sumber Palestin-info bahawa tentera-tentera rejim Zionis telah meningkatkan rondaan dan kawalan mereka di sekitar sempadan penempata Yahudi yang berada di utara Gaza. Tindakan tersebut diambil demi menghalang kemasukan pejuang-pejuang Palestin ke dalam kawasan berkenaan seperti yang sering berlaku akhir-akhir ini.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.