Penganalisis Zionis: Perjalanan Hancurkan Hamas Masih Panjang.



Selasa ,06/01/2009 –
Beberapa pengamat Zionis melalui akhbar harian Ibrani Ahad (4/1) menegaskan, jalan menuju penghancuran Hamas masih panjang. Hal ini berdasarkan peningkatan strategi perjuangan Hamas di medan pertempuran yang dibangun di atas kelicikan strategi, penyusunan organisasi dan keyakinan pertempurannya.

Kenyataan ini dikeluarkan oleh penganalisis militan Israel, Amit Cohen di akhbar Israel, Maarev hari ini (4/1). Beliau mengatakan, kejayaan gerakan Hamas dalam menggempur dan mencederakan barisan tentera Zionis akan memberikan harapan dan tekad baru untuk meningkatkan kejayaannya. Oleh yang demikian sangat penting difahami semua pihak bahawa Hamas tidak akan hancur dalam waktu yang singkat.

Beliau menambah, tekanan terhadap gerakan Hamas sebagaimana dialaminya pada tahap pertama pada operasi perang darat akan berubah. Para komandan militan Israel harus memperkemas kembali strategi serangannya. Beliau mengatakan, Hamas akan menggunakan segala senjata yang mereka miliki untuk menambahkan korban tentera Zionis pada serangan darat kali ini, tegasnya.

sumber : COMES
penterjemah : osman