Brigade al-Qassam : Rejim Zionis bakal menerima bencana ‘hujan’ roket kami.

Selasa ,06/01/2009 –Brigades Al-Qassam, iaitu pihak bersenjata puak Hamas, Isnin lalu memutuskan untuk mengembangkan serangan roketnya dan menyasarkan kawasan lebih jauh dan kawasan yang lebih strategik selepas Israel tidak mempedulikan amaran-amaran yang dikenakan sebelum ini malah tenteranya berterusan menceroboh Gaza.“Kami telah memberi amaran kepada anda sebelum ini bahawa kami akan menyerang kawasan yang lebih jauh dan bandar raya lain, tetapi anda seperti tidak mengendahkan dan kami berkata pada hari ini yang kekejaman keatas satu setengah juta rakyat Palestin tidak pernah berhenti, maka kita memutuskan untuk memasukkan lebih dari jumlah yang di sebutkan ke dalam julat bagi roket kami”, jurucakap Al Qassam, Abu Obeida berkata yang ditujukan kepada pimpinan Israel.

Abu Obeida menambah bahawa banyak lagi kejutan menanti penduduk Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul

2 Comments
  1. bgus Hamas.. tunggu je lah Israel.. hujan roket dr Palestin akn brsame skali hujan ‘roket’ dr Allah insyallah.. mari same2 kite doakan wahai sedara2 islam ku..

Comments are closed.