Apa khabar Yasir Arafat ?


Isnin, 1/11/2004 – Pemeriksaan kesihatan terhadap Yasir Arafat membuktikan
bahawa beliau tidak mengidap leukimia atau penyakit merbahaya yang lain. Sumber
daripada penasihat beliau iaitu Nabil Abu Rudaina.


Doktor yang merawat beliau di hospital tentera di Paris telah memeriksa adakah
beliau dijangkiti sebarang virus atau keracunan dan keputusan akan dapat diketahui
Ahad depan.

Dr Sa’eb Uraikat, Menteri Perundingan menyatakan tiada sebarang masalah dalaman dalam PLO semenjak kehilangan Yasir Arafat.

Dr Mohammed al-Hindi, pemimpin gerakan Jihad Islam mengesyaki terdapat eksploitasi
terhadap masalah kesihatan Yasir Arafat untuk mengantikannya dengan pimpinan baru.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.