UNHCR: Rumah Hancur, Warga Diusir Meningkat

COMES:- Laporan UNHCR menyebutkan, 1100 warga Palestin diusir selama 9 hari. Jumlah warga yang diusir sejak Intifada meningkat hingga 17.894 orang. Jumlah ini hanya dari Semenanjung Gaza.

Lembaga Antarabangsa PBB yang menangani pelarian Palestin ini menyatakan, askar Kerajaan Israel menghancurkan dan terus menghancurkan 131 rumah. Tempat tinggal ini dihancurkan selama sembilan hari terakhir April. Akibatnya, seramai 1100 warga Palestin terusir dan melarat tanpa tempat tinggal.

Selain itu, UNHCR menegaskan bahawa penghancuran rumah yang dilakukan askar Israel sejak belakangan ini semakin meningkat dan menambah jumlah rakyat tempat tinggal menjadi 17.594 orang.

Penghancuran kebanyak berlaku di Rafah, sebelah selatan Semenanjung Gaza. Seramai 11.215 orang di wilayah ini sejak Intifada tahun 2000 telah kehilangan rumah dan tempat tinggal.

Wakil UNHCR, Peter Hans menegaskan, majoriti warga Palestin yang kehilangan rumah adalah di Gaza yang dianggarkan sekitar 17.000 orang didapati tidak melakukan apa-apa kesalahan. Beliau menegaskan lagi mereka ini hanya berada di ‘tempat yang salah’ pada ‘waktu yang salah’.

UNHCR sendiri tidak mampu menangani krisis kemanusiaan pelarian Palestin yang semakin meningkat jumlahnya dari hari ke hari.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.