Terkini : Sasaran terbaru rejim Zionis adalah hospital as Shifa.


Khamis ,08/01/2009 – Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza melihat seluruh hospital dan institusinya di Semenanjung Gaza menjadi sasaran serangan artileri Israel dan tidak ada jaminan perlindungan atas sebarang serangan. Pengarah Bahagian Kecemasan dan Darurat Kementerian Kesihatan Palestin, Dr. Muawiyah Husnain mengingatkan bahawa serangan Israel terhadap hospital as Shifa akan mengakibatkan ribuan syuhada (gugur).

Beliau menafi keras apa yang disiarkan media Israel mengenai maklumat yang menyebutkan bahawa gerakan Hamas menjadikan terowong di bawah hospital as Shifa sebagai tempat persembunyian mereka.

Dr. Muawiyah menyatakan bahawa pasukan penjajah Israel sebelumnya pernah menggempur kompleks perubatan as Shifa. Demikian juga hospital Muhammad Dura dan beberapa klinik dan hospital di Semenanjung Gaza. Beliau mengatakan bahawa badan-badan perubatan terdedah kepada serangan artileri dan pesawat tempur Israel. Militan Zionis akan melakukannya bila-bila masa sahaja. Jika ini berlaku maka ribuan penduduk Palestin akan gugur. Pada masa sama beliau menolak adanya bantuan perubatan yang sudah masuk ke Semenanjung Gaza sebagaimana didakwa oleh pihak Zionis Israel.

sumber : COMES
penterjemah : osman

5 Comments
  1. nah!!! mne pemimpin umat ISlam!!! pemimpin Arab!!!! yang ingin menyelamatkan bumi palestin… Israel hanya beberpa juta,, tp Umat Islam Arab beratus2 juta… apa yang anda buat??? malah ISrael dikelilingi oleh negara2 Arab…
    Semoga Allah menjatuhkan kerajaan Hosni Mubarak di Mesir…

  2. Sesungguhnya Israel akan mendapat balasan daripada Allah subnahu wataala.Insyaallah,Hidup Palestin!!!!!!Hidup Islam!!!!!! Hidup Hamas!!!!!

  3. apakata kita pi serang ramai2 zionist,,tak kan tak dak kot negara nak bangun,,ishh ana kalau malaysia nak antaq sukarelawan nak join serang israel,,mau jeee,,,kita ni macam tikus tengok besi jee,,,,,

Comments are closed.