Mereka Yang Dilupakan (MYDL) : Burj al-Barajneh (Part #3)


Oleh Maszlee Malek(kolumnis Palestinkini)

Arkib Artikel MYDL
Part#1
Part#2

Ekspedisi pertama penulis ialah menziarahi kem Burj al-Barajneh yang terletak di Beirut. Orang yang bertanggung jawab untuk membawa kami ke sana ialah Talal Hassan Mustafa (baca: Talal). Pemuda yang berusia di awal 30?an ini merupakan pengurus salah sebuah NGO yang bertanggung jawab menjaga kebajikan para pelarian Palestin di bawah tahap kemiskinan dan juga anak-anak yatim di 10 kem-kem pelarian Palestin dari kesemua 12 buah yang terdapat di Lubnan.

?Kami mementingkan pendidikan sepertimana kami mementingkan kebajikan?, kata Talal sewaktu menunjukkan projek-projek yang telah, sedang dan juga akan mereka jalankan. Berbandaing dengan sesetengah pertubuhan kemanusiaan dan kebajikan yang lain, Waqfiyyah al-Ghauth menjadikan pendidikan sebagai tumpuan mereka. Ini berdasarkan keadaan rakyat Palestin yang semakin kurang berminat untuk belajar dan bersekolah kerana tekanan hidup dan kesukaran mencari pekerjaan. ?Pengangguran tidak boleh dijadikan alasan?, kata beliau. ?Walau apapun kerja yang kita lakukan, kita mestilah menjadi seorang yang berilmu, lagi pula perjuangan kita masih jauh!? ujar Talal di dalam perbincangan kami dengan beliau. Seorang yang berwawasan jauh dan mempunyai sifat kepimpinan yang luar biasa.

Selain daripada menyara keluarga miskin, menyara kehidupan anak yatim, mereka juga membina tadika-tadika Islam, sekolah-sekolah Islam, masjid-masjid, pusat-pusat tahfiz al-Quran, pusat-pusat kegiatan belia, kedai-kedai perniagaan dan pelbagai projek lagi. Demi mendidik keluarga-keluarga Palestin agar tidak terlalu bergantung kepada derma dan simpati orang lain, Waqfiyyah al-Ghauth telah melancarkan satu projek ?Dapur Keluarga?, iaitu projek bisnes kecil-kecilan untuk keluarga-keluarga miskin. Mereka akan memberikan modal untuk setiap keluarga dan memberi mereka projek untuk menghasilkan makanan-makanan tertentu dan kemudiannya mereka akan membelinya dan memasarkannya di pasaran terbuka di seluruh Lubnan. Projek ini telah menampakkan hasil apabila telah ada keluarga yang telah berjaya berdikari tanpa mengharapkan derma dan bantuan berterusan dari Waqfiyyah al-Ghauth lagi.

Antara masjid yang dibina oleh Waqfiyyah al-Ghauth

?Kami berharap suatu hari nanti kami akan berupaya untuk pulang ke kampung halaman kami dan membangunkannya semula. Untuk tujuan tersebut kami wajib dahulu keluar dari mentaliti pelarian, kami perlu belajar berdikari!?. Demikianlah wawasan Talal sebelum rakan saya, Hj. Azhari Bin Abdul Kadir, pengerusi jawatan kuasa Hubungan Antarabangsa Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (baca: JIM) menghulurkan cek sumbangan dari pihak JIM hasil dari kutipan yang telah dijalankan pada tahun 2004 ini. Selepas itu mereka telah menanda tangani surat Mou untuk melantik JIM sebagai badan rasmi yang menghubungkan antara rakyat Malaysia dengan pelarian-pelarian Palestin di Lubnan. Alhamdulillah…

Hj Azhari menyerahkan cek sumbangan kepada Talal

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.