Rakyat Palestin bersedih dengan kematian Sheikh Zayed Bin Sultan


Gaza, Khamis, 4/11/2004 – Rakyat Palestin murung dengan kematian Sheikh Zayed Bin Sultan al-Nahayyah, presiden Emeriah Arab Bersatu dan menyatakan rasa terharu dengan usaha beliau dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin daripada cengkaman Zionis.


Sami Abu Zuhri, jurucakap HAMAS berkata di Jalur Gaza mengatakan kebanyakan kenyataan beliau (Syeikh Zayed) menjurus ke arah kesatuan ummah. Sokongan beliau dengan menyalurkan sumber kewangan dalam projek kabajikan Palestin seperti membina semula kem pelarian Jenin, pembinaan bandar Syeikh Zayed dan banyak lagi projek kebajikan yang lain.

Ucapan takziah daripada pertubuhan HAMAS dan para pimpinan.

Dr. Ghazi Hamad, editor akhbar “Resalah” parti Nasionalis Islamis Khalas berkata Syeikh Zayed telah meninggalkan kenangan manis dalam minda rakyat Palestin.

Syeikh Zayed,86 tahun diumumkan meninggal dunia malam tadi selepas mengalami penyakit kronik yang menyebabkan beliau gagal menghadiri sebarang mesyuarat beberapa bulan lalu.

Sheikh Zayed Bin Sultan al-Nahayyah dalam kenangan

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.