Kecelaruan Dalam Laporan Kesihatan Yasir Arafat


Tebing Barat, Jumaat, 5/11/2004 – Presiden Palestin yang sedang sakit Yasir Arafat ( baca:YA ) masih lagi hidup dan menafikan laporan yang mengatakan beliau telah mati.


Pegawai rasmi beliau menafikan laporan tersebut. Beliau sebenarnya dihantar ke unit rawatan rapi.
“Saya berada disebelah beliau dan keadaannya sungguh menyedihkan”, Ramzi Khoury, pegawai kepada YA berkata di Paris.

Sebelum ini terdapat kecelaruan dalam laporan. Ada yang melaporkan beliau mati, otak tidak dapat berfungsi dan beliau keracunan.

YA telah diterbangkan ke Paris Jumaat lepas selepas Perancis menawarkan rawatan kepada beliau. Pada awalnya beliau dikatakan mengalami demam dengan tanda muntah. Sementara itu, Presiden Perancis, Jacques Chirac mengadakan lawatan ke hospital utk melawat YA . YA sekarang sedang dirawat di Unit Darah, Hospital Tentera Percy di bandar Clamart.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.