3 Hari Polis Israel Tangkap Lebih 2200 Pekerja Palestin


Tebing Barat, Jumaat, 5/11/2004 –
Dalam operasi penekanan pekerja Palestin di Tebing Barat dan Jalur Gaza untuk bekerja di zon hijau (jajahan sejak tahun 1948), dalam tiga hari sejak Ahad lalu lebih dari 2200 pekerja ditangkap dengan alasan para pekerja terbabit membantu serangan syahid kumpulan pejuang.

Polis Israel menangkap 103 pekerja Palestin yang tidak memiliki dokumen sah untuk bekerja di Tel Aviv. Namun semua pekerja tersebut akan dikembalikan ke tempat tinggal mereka di Tebing Barat dan Jalur Gaza setelah dilakukan pemeriksaan.

Dalam kejadian lain, seramai 40 pekerja Palestin ditangkap polis Israel di Tel Aviv. Operasi penangkapan ini dilakukan setelah pihak pengaman Israel gagal mencegah kejadian serangan bom para pejuang Palestin di pasar Carmel, Tel Aviv yang menyebabkan kematian 3 rakyat Israel dan puluhan yang cedera.

Menurut sumber polis, meskipun operasi penangkapan dilakukan terhadap pekerja Palestin namun ini tidak menghalang mereka untuk masih ke zon hijau untuk bekerja. Operasi penagkapan ini dilakukan oleh pihak pengaman Israel dalam situasi meningkatnya ancaman dari pihak pejuang Palestin untuk menyusup ke dalam Israel untuk melakukan aksi serangan.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.