5 Askar Israel Maut di Rafah

COMES: -Gerakan Jihad Islami kelmarin, Rabu (12/05) mengumumkan bertanggungjawab ke atas kematian 5 askar Israel satu kejadian kendaraan berat Israel di hadapan kawasan Salahudin di Rafah sebelah selatan Semenanjun Gaza. Sementara itu, stesen Al-Arabiyah menyebutkan bahwa jumlah askar Israel yang mati meningkat menjadi 6 orang, ditambah 5 lainnya cedera parah.

Gerakan itu juga mengumumkan bahwa pihaknya menahan mayat salah seorang askar yang mati dalam letupan tersebut.

Satu sumber dari gerakan itu mengatakan kepada AFP kelmarin, Rabu (12/05) dan dipaparkan dalam islamonline.net:”Lima askar Israel maut dalam satu letupan tank ketika melintasi daerah sempadan Rafah.”

Saraya Al-Quds, sayap tentera Jihad Islami, dalam kenyataan sikapnya yang foto diterima oleh AFP, mengumumkan bertangungjawab atas letupan tank tersebut. “Kami bertanggungjawab penuh ke atas letupan tank Israel yang berlaku di sempadan Israel dan Mesir,”

Kenyatan itu disusuli dengan , “Para pejuang kami berjaya memasang bom berkuasa besar dan berjayal meletupkannya ketika tank itu melintasi dekat kawan itu? .

Kenyataan tersebut juga mengisyaratkan bahawa letupan itu dilakukan sebagai “Balasan atas kekejaman askar Israel yang dilakukan setiap hari atas bangsa kami di Rafah, kampung Zaetun dan beberapa tempat lain.”

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.
One Comment

Comments are closed.