Khalid Mashal menuduh Israel meracun Arafat


Menurut sumber daripada Islam Online.Net, Khalid Mashaal, Pemimpin hamas yang menggantikan Assyahid Abdul Aziz Ramtisi & Assyahid Sheikh Ahmad Yassin, menuduh Israel meracun Yasser Arafat.


Beliau berkata demikian ketika mengkomen kenyataan rasmi kematian Arafat.

“Saya menuduh Israel telah meracun darah Abu Ammar (Arafat)” kata beliau.

“Tujuh tahun lalu, apabila saya menjadi mangsa operasi keracunan yang hampir sama, doktor tak dapat menjumpai sebarang bukti pada darah saya. Tetapi pada masa yang sama, Israel telah memberi penawar kerana kami menawan dua ejen mosad ketika itu”, tambah Khalid.

“Israel membunuh Yasser Arafat… Dengan membunuh Arafat hari ini, Israel telah membunuh proses damai. Ia membunuh seseorang yang mencipta proses itu”
katanya lagi.

berita asal

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.