Majoriti rakyat Palestin menyokong operasi bom syahid


Hebron, 22/11/2004, Isnin ? Sepanjang tahun ini Palestine Centre for Public Opinion (PCPO) telah menjalankan kajian mereka terhadap pendapat umum rakyat Palestin berkaitan beberapa isu penting di Palestin, termasuklah persoalan bom syahid. Antara hasil kajian mereka menunjukkan majoriti rakyat Palestin menyokong operasi bom syahid dan menolak sebarang perjanjian damai yang disyaratkan kepada sebelah pihak sahaja.

Kajian tersebut secara terperinci telah menunjukkan bahawa 46% daripada rakyat Palestin menyokong supaya operasi bom syahid diteruskan terhadap rejim Zionis Israel, manakal 37.9% pula berpendapat ianya patut dihentikan dan 16.1% tidak memberikan pendapat mereka.

Kajian juga menunjukkan 54.5% rakyat Palestin menyokong operasi bom syahid yang terakir ini di Tel Aviv pada 1/11/2004, manakala 33.1% pula menolak dan 12.4% tidak memberikan pendapat mereka.

Dalam waktu itu 46.6% dari kalangan rakyat Palestin menolak usaha gencatan senjata dari pihak Palestin sahaja sewaktu ketiadaan presiden Palestin, 45% pula menyokong supaya diadakan gencatan senjata, dan 8.4% tidak memberikan apa-apa komen.

38.8% dari rakyat Palestin juga berpendapat bahawa keputusan Sharon untuk mengundurkan tenteranya dari Gaza adalah kerana beliau takutkan tekanan antarabangsa, mankala 32.8% pula melihat ianya adalah strategi Sharon untuk mengaburkan mata dunia sambil dalam waktu yang sama beliau menguatkan kedudukan tenteranya di Tebing Barat dan di sekitar jalur Gaza. Selebihnya mempunyai pandangan-pandangan yang lain.

Berkaitan dengan Amerika Syarikat pula, kajian juga menunjukkan bahawa 55.2% daripada rakyat Palestin gembira dengan pemilihan semula George W. Bush Jr. Dipilih menjadi Presiden Amerika Syarikat.

72.2% pula menolak penyelesaian dua negara dengan rakyat Palestin mendapat sebuah negara mereka tersendiri dengan menafikan hak mereka terhadap tanah yang dijajah oleh rejim Zionis. Begitu juga 78.6% menolak pampasan kewangan sebagai gantirugi mereka untuk menafikan hak mereka dari pulang ke bumi Palestin seperti yang termaktub di dalam ?The Law Of Return?.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.