Abu Ahmad dan Abu Ammar: Satu matlamat dua cara.

Oleh Maszle Malek (kolumnis Palestinkini)

Tahun 2004 merupakan tahun yang amat hitam dalam lipatan sejarah rakyat Palestin. Kehitamannya melebihi tarikh bala 14 Mei 1948 kerana penubuhan entiti haram Israel. Ianya lebih hitam dari tarikh peristiwa Deir Yassin 1948, penyembelihan Sabra dan Shatilla, Lubnan 16 September 1982 peristiwa masjid Ibrahimi 25 Februari 1994, Jenin 2003, malah lebih dahsyat dari tahun 2000 tatkala terletusnya intifada kedua di bumi Anbiya.

Tahun 2004 menjadi hitam bukan hanya kerana serangan tentera rejim Zionis ke atas Refah pada bulan Aril, dan juga bukan hanya kerana keganasan tentera rejim memasuki kem Jabaliyya dan membunuh lebih 100 rakyat awam Palestin dan merobohkan lebih daripada 60 buah rumah. Ianya menjadi hitam, sehitam malam yang tidak berbintang kerana gugurnya dua ikon perjuangan Palestin moden.

Abu Muhammad, ataupun lebih dikenali sebagai Ahmad Yassin pada 22 Mac kerana dibedil dengan tiga peluru berpandu tentera rejim Zionis, dan juga Yasser Arafat ataupun lebih dikenali sebagai Abu Ammar pada 11 November kerana sakit perut, yang disyaki telah diracun oleh agen Mossad Zionis.

Dua nama besar berhubung isu Palestin di millenium ini dikenali oleh esetengah masyarakat dunia sebagai wira rakyat Palestin. Pada segelintir yang lain, terutamanya bagi pendokong Zionisme dan juga rakyat-rakyat Amerika yang naif di Neshville, Detroit, Nevada dan mana-mana sahaja sebagai pengganas dunia moden.

Bagi golongan kiri dan juga golongan Islamis di serata dunia, mereka adalah ikon perjuangan kemerdekaan Palestin dan Baitul Maqdis, bagi golongan kanan dan juga imperialis, mereka adalah tokoh anti-establisment dan promoter keganasan di timur tengah. Walau apa pun persepsi dunia terhadap mereka, yang pasti kedua-dua tokoh ini mempunyai aura yang tersendiri di dalam lipatan sejarah isu konflik Israel-Palestin di masa mendatang. Kedua-dua nama tersebut akan tetap dipelajari, dijadikan modal untuk soalan-soalan periksa pelajaran sejarah Palestin, sejarah timur tengah, sejarah dunia dan juga pengajian politik kontemporer.

Di sebalik persamaan kedua-dua nama ini dalam pelbagai perkara, namun terdapat banyak perbezaan yang jelas dan nyata, sejelas bulan mengambang di hari ke-15 bulan Qamariyah. Perbezaan yang nyata ini jugalah yang membezakan di antara wira yang sebenar dan juga wira yang tiruan, seperti vcd-vcd tiruan yang dijual secara berleluasa di kompleks-kompleks membeli belah di Muar, Alor Setar, Kluang dan juga bandar Ipoh.

Perbezaan ini jugalah yang menampilkan siapakah yang benar-benar ikhlas dalam perjuanagan dan siapakah yang berjuang dengan tujuan-tujuan tertentu seperti pepatah Melayu mengatakan ada udang di sebalik batu. Perbezaan ini jugalah yang akan memberikan jawapan mengapa Palestin tidak lagi merdeka sehingga kini.

Perbezaan yang ketara ialah dari segi fizikal. Arafat merupakan seorang yang normal secara fizikal kecuali di waktu tuanya, beliau menghadapi parkinson disease yang telah menyebabkan dia sesetengah anggota tubuhnya terpaksa bergetar 24 jam sehari. Arafat juga mempunyai wajah yang kacak walaupun tidak sekacak Brad Pitt, cuma ketinggiannya sahaja yang sering menenggelamkannya ketika berada bersama dengan pemimpin-pemimpin dunia yang lain seperti Clinton, Bush Jr., Netanyahu, Yitzhak Rabin, Shimon Perez dan juga lain-lain lagi yang pernah bergambar bersama dengannya.

Berbeza dengan Ahmad Yassin. Beliau hanya seorang yang lumpuh semenjak berusia 16 tahun kerana kemalangan yang dihadapinya. Keadaan beliau menjadi lebih parah selepas beliau keluar masuk penjara semenjak tahun 1988. Bukan hanya seluruh tubuhnya menjadi lumpuh, telinga kanannya mengalami kecacatan pendengaran, mata kirinya pula mengahadapi masalah penglihatan yang hampir buta, paru-paru beliau juga mengalami sakit yang agak seirus, begitu juga dengan perutnya.

Lebih menyayat hati lagi, tangan beliau pun beliau tidak mampu untuk mengangkatnya, jauh lagi bergerak dan berjalan. Ini semua kesan penderaan dan penyiksaan yang dihadapinya ketika berada di dalam tahanan rejim Zionis yang terkenal dengan kezaliman dan kekejaman mereka.

Kelumpuhan yang dihadapinya ini sedikit pun tidak menghalang beliau untuk meneruskan perjuangannya di atas kerusi rodanya dari masjid ke masjid untuk mempersiapkan para pemuda yang akhirnya menggegarkan knesset rejim Zionis dan memaksa rumah putih untuk masuk campur dalam setiap polisi Tel Aviv. Semuanya bermula dari atas sebuah kerusi roda, dan dari seorang yang lumpuh, yang tidak mampu untuk mengankat tangan dan kakinya.

Arafat bersama rakannya Khalil al-Qazir (Abu Jihad) telah menubuhkan gerakan pembebasan Palestin (Fatah) pada tahun 1958 yang pada asalnya berpusat di Kuwait. Gerakan yang diasaskan oleh beliau ini bertunjangkan fahaman Nasionalis dan lebih mengecilkan skop mereka untuk memerdekakan bumi Palestin dan mendirikan bumi Palestin yang merdeka dengan apa cara sekali pun.

Tidak hairanlah sekitar tahun 60?an sehingga penghujung 80?an gerakan Fatah lebih dikenali dengan kegiatan pro-revolusinya dan aktiviti-aktiviti ketenteraan. Gerakan beliau ini yang kemudiannya berevolusi menjadi PLO pada tahun 1964, seterusnya Arafat sendiri menjadi pengerusinya pada tahun 1969. PLO ini telah menjadi badan yang diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa dan beliau sendiri pernah diundang untuk berucap di perhimpunan umum PBB pada 13 November 1974. Mereka juga (PLO) telah mendapat tempat khas di PBB sebagai pemerhati khas yang diiktiraf oleh dunia.

Sepanjang 1969 sehingga tahun 80?an, Arafat dan PLO telah berpindah randah dari Jordan ke Lubnan dan akhirnya ke Libya.

Syeikh Ahmad Yassin pula merupakan pengasas gerakan perjuangan Islam (HAMAS) yang berpusat di Gaza. Jika Fatah bermula sebagai sebuah gerakan revolusi semenjak di awal penubuhannya, HAMAS pula berbeza. Semenjak tahun 70?an, Yassin tidak memulakan gerakannya sebagai gerakan revolusi, malah beliau memulakan benih-benih awal gerakan HAMAS di masjid-masjid. Beliau menghabiskan waktu yang lama untuk membina para pemuda di masjid-masjid dan kemudiannya berevolusi menjadi ?al-Majma? al-Islamiyy? (pusat Islam) yang mempunyai cawangan di serata Gaza.

Majma? ini kemudiannya diharamkan oleh rejim Zionis kerana dituduh merancang penggulingan kerajaan rejim Zionis di bumi Palestin. Ahmad Yassin sendiri telah ditangkap dan diugut dengan pelbagai ugutan agar berhenti dari kegiatannya menyedarkan para pemuda Palestin untuk berjuang menentang penjajahan Zionis. Sungguhpun begitu, Yassin tidak pernah melarikan diri keluar bumi Palestin untuk menyelamatkan dirinya walaupun beliau tahu 1001 bahaya yang menanti dirinya.

Seterusnya pada bulan Disember tahun 1987, selepas peristiwa trak Yahudi yang melanggar sekumpulan pemuda Palestin, Yassin dan rakan-rakannya seperti Dr. Aziz al-Rantisi, Salah Syahadah, Dr. Ibrahim al-Maqadmah dan lain-lain lagi telah melancarkan gerakan kebangkitan rakyat Palestin menentang tentera rejim di serata Palestin. Pada waktu itu jugalah HAMAS ditubuhkan secara rasmi untuk memimpin gerakan rakyat agar ianya lebih tersusun dan mengikuti manhaj Islam. HAMAS amat berbeza dengan Fatah dari sudut ideologi dan wawasannya.

Dasar HAMAS ialah Islam dan berjuang di atas lunas-lunas serta dasar-dasar Islam dengan tidak menafikan semangat kenegaraan dan kebangsaan. HAMAS juga menjadikan isu Palestin sebagai isu umat Islam, dan bertujuan untuk membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Zionis dan menjadi sebahagian daripada negara umat Islam yang besar.

Arafat dan PLO banyak menyebabkan kemusnahan nyawa rakyat Palestin samada di dalam dan di luar bumi Palestin dalam setiap kegiatan mereka. Sebagai contohnya peristiwa ?Black September? pada tahun 1970 di Jordan yang telah menumpahkan darah rakyat Palestin di Jordan. Semuanya bermula selepas pertelingkahan di antara Arafat dengan Raja Hussein Jordan.

Begitu juga dengan penyembelihan Sabra dan Shatilla pada tahun 1982 oleh Jeneral Ariel Sharon. Alasan utama tentera rejim Zionis memasuki Lubnan dan menyembelih lebih 3,000 pelarian Palestin (menurut Ammon Kaplioek, wartawan berbangsa Yahudi) adalah untuk mencari para pejuang PLO dan Arafat. Natijahnya, Arafat sihat walafiat, pejuang-pejuangnya juga ramai yang selamat, tetapi penghuni kem pelarian Sabra dan Shatillalah yang terpaksa membayar harga yang amat mahal itu.

Selama 27 tahun juga Arafat tidak pulang ke bumi Palestin kerana berpindah randah dari sebuah negara ke negara yang lain. Beliau hanya pulang ke Gaza pada tahun 1994 selepas ditabalkan menjadi Presiden PA selepas memenangi pilihanraya pemilihan presiden mengalahkan pencabarnya, Samiha Khalil dengan peratus undian 88.1% untuknya.

Berbeza dengan Ahmad Yassin, beliau tidak pernah berhijrah ke luar negara untuk menyelamatkan dirinya. Selain keluar dan masuk ke penjara-penjara rejim Zionis, nyawa beliau sering diancam, walaupun beliau hanya seorang yang lumpuh. Perjuangan HAMAS pula tidak pernah mengorbankan nyawa rakyat yang tidak berdosa, yang berlaku sebaliknya, nyawa tentera-tentera Zionis dan pengganas-pengganas mereka semakin banyak yang gugur di dalam misi-misi ketenteraan HAMAS terutamanya selepas intifada kedua tahun 2000.

Kegiatan-kegiatan ketenteraan mereka juga telah menyebabkan ekonomi rejim Zionis jatuh ke paras yang paling rendah, di samping imigrasi semula kebanyakan penduduk Yahudi ke negara asal mereka. Jika ada keganasan rejim Zionis terhdap rakyat Palestin, pastinya Briged al-Qassam, sayap ketenteraan HAMAS akan melancarkan serangan balas ke atas pihak rejim. Tidak hairnlah dia menjadi ikon perjuangan setiap rakyat Palestin dan juga pemimpin mereka secara de facto.

Arafat telah bersetuju untuk bersekongkol dengan rejim Zionis dan menggadaikan prinsip-prinsipnya semata-mata untuk mendapatkan jawatan sebagai presiden pihak berkuasa tempatan Palestin (PA) lewat melalui perjanjian Oslo 1993 (seperti yang telah dikatakan oleh Edward Said dalam The end of the peace process). Bukan hanya sekadar mengiktiraf kewujudan entiti haram Israel sebagai sebuah negara yang berdaulat di atas bumi Palestin, malah beliau sanggup meletakkan dirinya dan rakyatnya di bawah percaturan politik kejam rejim Zionis.

Sikap yang berbeza ditunjukkan oleh Ahmad Yassin. Bukan sekadar tidak mengiktiraf negara haram Israel, malah beliau menolak segala bentuk perdamaian dan persefahaman dengan rejim Zionis. Baginya, selagi rakyat Palestin tidak dibenarkan pulang ke tanah air mereka, selagi Baitul Maqdis masih dijajah rejim Zionis, dan selagi golongan Yahudi Zionis masih berkuasa di bumi Palestin tidak akan ada apa-apa yang boleh dinamakan sebagai rundingan, damai mahupun persefahaman.

Natijahnya, jika Arafat mendapat jawatan sebagai presiden kerana kesudiannya menggadaikan bumi dan rakyatnya kepada rejim Zionis, Ahmad Yassin yang lumpuh itu pula terpaksa keluar masuk penjara dan nyawanya terpaksa dijadikan taruhan demi mempertahankan kedaulatan bumi dan rakyat Palestin.

Arafat juga telah menjadi khadam rejim Israel yang paling setia dan jujur sepanjang 1993 sehingga tahun 2000. Melalui pasukan keselamatan PA di Gaza dan juga di Tebing Barat, Arafat dan konco-konconya telah menangkap, menyiksa dan mendera para pejuang Palestin dari fraksi HAMAS, Jihad Islamiyy dan juga lain-lain fraksi perlawanan. Di Gaza sahaja terdapat 35 buah penjara di bawah seliaan PA yang dikhaskan untuk menangkap dan menahan para pejuang Palestin agar mereka tidak lagi melawan rejim Zionis.

Khidmatnya ini telah menyenangkan pihak rejim Zionis ke paras yang paling tinggi. Pada tempoh ini jugalah ramai pejuang Palestin terkorban, bukan di tangan tentera-tentera rejim, tetapi di tangan pihak keselamatan PA yang menjadi anjing pengawal rejim Zionis. Dalam isu ini, Ahmad Yassin dan gerakan HAMAS pimpinannya pula mengambil sikap yang amat matang. Bukan hanya sekadar tidak melayan gangguan pihak PA, malah serangan-serangan ke atas pihak tentera rejim Zionis dilakukan secara lebih agresif dan intensif.

Dalam persoalan sikap mereka terhadap PA dan gerakan Fatah pula, mereka tidak mahu wujudnya perang saudara sesama rakyat Palestin dan hanya menumpukan seluruh tenaga mereka untuk melawan musuh Yang utama iaitu rejim Zionis dan Amerika. Lebih matang lagi apabila pihak HAMAS sering mengundang pihak PA untuk berdialog dan berbincang dalam menyelesaikan masalah, walaupun pihak PA sedang menggila membantai mereka dari belakang. Sikap matang inilah yang menjadikan sesetengah ahlid gerakan Fatan rakyat Palestin mula berganding bahu dengan HAMAS selepas terletusnya Intifada kedua pada tahun 2000.

Fenomena inilah yang telah menyebabkan Arafat terpaksa tunduk dengan kehendak majoriti anggota Fatah dan terpaksa membelakangkan tuannya (rejim Zionis) dan menghulurkan tangan kepada HAMAS untuk menyerikan lagi Intifada gelombang kedua.

Arafat mati dengan meninggalkan wang berjuta (ada yang mengatakan berbillion) dollar Amerika di dalam akaun-akaun rahsianya di Eropah dan Israel sehingga menyebabkan pertelingkahan di antara isterinya Suha al-Tawil dan juga para pemimpin PA. Ahmad Yassin pula mati dengan tidak meninggalkan akaun, malah tidak meninggalkan sesen wang pun buat ahli keluarganya.

Kerusi roda yang dinaikinya pun tidak dapar hendak diwariskan kepada sesiapa kerana telah hancur dimamah peluru berpandu yang telah dilancarkan oleh helikopter Apache milik tentera rejim Zionis. Lebih sedih lagi bila mengenangkan duit berjuta-juta dollar mengalir untuk rakyat Palestin silih berganti lalu di depan mata Ahmad Yassin, tetapi tidak sesen pun diambil beliau, sehingga anak-anaknya tidak mampu untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti kerana masalah kewangan yang dihadapinya.

Arafat mati meninggalkan villa di dalam dan di luar Palestin, kereta-kereta mewah, dan 31 juta Dollar Amerika buat isteri dan anaknya(menurut Filistin Press). Ahmad Yassin pula hanya meninggalkan rumah buruknya yang mempunyai satu bilik, dapurnya bersambung dengan ruang tamu dan tidak mempunyai permaidani, malah tidak berlantai pun.

Akhir sekali, Arafat mati dalam keadan sakit dan terlantar di atas katil hospital. Rakyat Palestin beriman bahawa beliau mati kerana diracun oleh pihak Mossad. Jika benar, memang ianya tidak mustahil. Semenjak tahun 2000, Arafat telah dilihat sebagai rakan atau orang suruhan yang sudah tidak berguna lagi. Beliau lebih memilih untuk bersama rakyat Palestin di dalam arus gelombang menentang penjajahan rejim Zionis dan menolak segala bentuk perdamaian dengan pihak rejim.

Proses mengumumkan kematiannya diselubungi misteri. Perisytiharan ?kematian? beliau juga menjadi proses tarik tali di antara isterinya dan juga para pemimpin PA. Berbanding dengan Yassin yang mati sebagai seorang wira dan sebagai seorang syahid. Untuk membunuh beliau, pihak tentera rejim terpaksa menggunakan helikopter Apache, para komando terbaik mereka dan juga tiga buah peluru berpandu yang dilancarkan dari jarak yang jauh. Kematian beliau juga menjadi pembangkit semangat kepada para pejuang Palestin yang lain. Satu dunia bersimpati dengan syahidnya seorang seyikh yang tua lagi lumpuh ini. Jalan-jalan utama di negara-negara Arab dipenuhi dengan demonstrasi membantah pembunuhan di luar perbicaraan (extra judicial) tersebut. Lebih sejuta manusia telah mengiringi upacara pengkebumian Syeikh Ahmad Yassin. Di Kaherah dan Amman, perhimpunan untuk majlis takbin (meratap) untuk kematian Yassin telah dihadiri oleh ribuan manusia.

Jelas, selepas melihat kepada perbezaan-perbezaan yang wujud di antara kedua tokoh ini dapat kita membezakan di antara yang mana emas tulen dan yang mana emas Zhulian. Semoga sejarah akan memberikan penghuraian lanjut tentang kedua-dua tokoh ini, dan semoga generasi mendatang akan lebih matang dalam menilai keperwiraan kedua-dua tokoh ini. Yang pasti gugurnya kedua-dua tokoh in bukanlah bermakna berakhirnya perjuangan rakyat Palestin. Seperti yang pernah dikatakan oleh Ahmad Yassin, ?Jika gugur seorang Ahmad Yassin, akan muncul seribu Ahmad Yassin yang lain!?.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.
2 Comments
  1. assallamualaikum,tentunya perjuangan palestin tidak berakhir sampai disini.islam menang karena kekuatan akidahnya,sedang barat sudah lama mati.mereka seperti binatang ,nafsu mereka biadab,dan palestin menjadi gambaran kemenangan itu,kemenangan terhadap barat ,mepertahankan akidah dari liberalisme barat yang menyesatkan.kita dukung perjuangan palestin.

Comments are closed.