Terkini : Brigade al-Qassam berjaya menembak helikopter Israel.

Selasa ,13/01/2009 РBriged Izzuddin Al-Qossam, sayap gerakan pejuang Hamas menyatakan bahawa pihaknya telah berjaya menembak helikopter tempur Israel, ketika bergerak di ruang udara Gaza petang Ahad (11/1) hingga terpaksa melakukan pendaratan  cemas. Dalam keterangannya, roket anti pesawat milik al-Qossam berjaya merosakkan pesawat tempur Israel dan memaksanya mendarat cemas.

Sementara itu, sumber rejim Zionis menyebutkan kepada media Zionis bahawa Briged Al-Qossam untuk pertama kalinya menggunakan senjata anti pesawat. Hal ini tentu memberi kesan terhadap serangan pesawat tempur Israel ke Gaza. Sumber keselamatan Zionis menyebutkan, para pejuang Palestin telah menggunakan senjata anti pesawat canggih untuk menghalang pasawat tempur Israel pada akhir minggu ini. Serangan ini merupakan pertama kalinya dilakukan para pejuang Palestin dalam pertempuran melawan pasukan Israel melalui darat, laut dan udara.

Pihak pejuang Palestin menyatakan, pihaknya bersama seluruh sayap tempur Palestin menyatakan masih tetap mampu melawan Zionis, walaupun sudah berlangsung 16 hari serangan ganas Israel ke wilayah Gaza. Ia mengatakan, pihaknya masih mampu memberikan kejutan-kejutan lain kepada Israel, jika mereka tetap meneruskan serangannya ke pelbagai kawasan penempatan penduduk.

sumber : COMES
penterjemah : osman

8 thoughts on “Terkini : Brigade al-Qassam berjaya menembak helikopter Israel.

  1. admin, boleh saya perbetulkan, kita guna “sayap pejuang gerakan HAMAS” bukan “sayap militan gerakan HAMAS”. terima kasih

  2. Alhamdulillah.Terubat sikit hati membaca laporan ini. Semoga Allah SWT memberikan lebih banyak bantuanNya kepada para pejuang islam Hamas. Kita di sini lakukanlah apa yang termampu diantaranya Qunut Nazilah pada setiap solat fardu, sumbangan kewangan dan memboikot barangan AS dan Yahudi

  3. berita yg tidak akan kita ketemu dlm berita dan suratkhabar perdana di malaysia…

    mengapa????

    jihad kita perlu tukar kerejaan….

    Takbir…

  4. maafkan kami palestin,kami sibuk dengan perempuan-perempuan kami,
    maafkan kami palesyin,kami sibuk mencari harta dunia,
    maafkan kami palestin,kami sibuk mengira wang kami,
    maafkan kami palestin,kami asyik menari dan menyanyi,
    maafkan kami palestin,pandai pandai la menjaga dirimu sendiri…..
    kami sibuk dengan dunia kami…………

  5. Alhamdulillah.. Mudah-mudahan Allah terus memberikan kekuatan kepada pejuang2 dan rakyat Palestin utk melawan israel laknatullah.

    Amin….

  6. Dengan pertolongan Allah, tentera Yahudi akan dapat dikalahkan jua. Marilah kita sentiasa mendoakan kemenangan pejuang2 Islam di Gaza..TAKBIR!!

Comments are closed.