Pejuang Palestin syahid semalam (21/11/2004)


Tebing Barat, Isnin, 22/11/2004 – 3 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan rejim Zionis (baca: RZ) di Tebing Barat. Serangan terburuk sejak kematian Yasir Arafat 10 hari lalu di Tebing Barat ini mengorbankan 3 rakyat Palestin pada hari semalam (21/11/2004) setelah berlaku pertempuran antara pegawai keselamatan Israel dan pejuang Palestin.


Wakil al-Jazeera, Walid al-Umari berkata RZ yang berpakaian orang awam yang datang menyerang dengan kereta kebal di Batunia (barat Ram Allah) pada sebelah malam telah
menyerang 3 lelaki Palestin.

Mereka yang syahid dikenali sebagai Muhammad Ghassan, Nasir Jwabra dan Salam Yaqub, kesemua mereka adalah anggotan al-Aqsa Brigades.

Saksi berkata, mangsa yang dijumpai kelihatan jelas bekas pukulan dibahagian kepala.

“Ini merupakan jenayah kejam. Mereka (Israel) bercakap tentang keamanan tetapi tindakan mereka begitu berbeza sekali ” Mustafa Isa, gabenor Ram Allah.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.