Kemiskinan Israel Meningkat 1.4 Juta Orang Tahun 2003


Nablus, Selasa , 23/11/2004 ? Data statistik Israel yang dikeluarkan oleh yayasan Jaminan Nasional menyebutkan bahawa 1.4 juta orang Israel tahun 2003 hidup di bawah garis kemiskinan dan 660 000 orang adalah di bawah umur.

Data ini menyebutkan bahawa jumlah kaum miskin di Israel meningkat sekitar 100 000 orang jika dibandingkan dengan sebelumnya tahun 2002. Perlu diingatkan bahawa keadaan ekonomi Israel dari tahun ke tahun mengalami penurunan sejak intifadah meletus tahun 2000. (ATB)

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.