Laporan Malam Sumbangan Kasih Palestin


Malam Palestin objektifnya satu yakni mengumpul dana bagi bantuan pelarian palestin terutamanya di Beirut, Lubnan. Alhamdullilah, dengan kedatangan lebih 200 peserta dan sumbangan orang persorangan dan kedatangan tetamu kehormat dari Parti Islam Semalaysia (PAS) Dr Hatta Ramli, editor Karangkraf, wartawan dan juga perwakilan dari pelbagai pertubuhan telah menjakan malam palestin yang dianjurkan oleh Jamaah Islah Malaysia (JIM) International.

Majlis kali ini diadakan di Anjung Rahmat, Jalan Gombak. Majlis dimulakan dengan berbuka puasa dan solat maghrib yang kemudiannya dengan makan malam. Terdapat meja Ahmad Yassin (RM100 seorang) dan Meja Rantisi (RM50 seorang) ditawarkan kepada para tetamu.

Selepas majlis makan malam, diadakan pula tayangan multimedia oleh JIM international. Sememangnya ia menjadi satu malam yang penuh dengan infomasi menarik menggunakan teknologi terkini. Hujan yang lebat turun sebelumnya tidak menghalang para tetamu untuk tiba pada masanya. Ini adalah salah satu aktiviti daripada pelbagai siri penerangan palestin yang diadakan.


Presiden JIM sedang memberi ucapan


Pengarah projek Haji Azhari


Aneka jualan untuk tabung Palestin


Pihak media sedang menjamu selera.


Antara tetamu yang hadir.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.