Israel Bunuh 3 Pemuda Syuhada Al-Aqsha di Ramallah


Ramallah, Selasa, 23/11/2004 ? Pasukan keamanan khusus Israel petang semalam membunuh tiga pemuda Brigade Syuhada Al-Aqsha di Baldah Beituna, barat Ramallah. Sementara sumber Israel menyebutkan bahawa salah seorang tentera Israel cedera dalam kejadian tersebut.

Seorang penduduk yang tinggal di lokasi kejadian menyebutkan bahawa pasukan khusus Israel yang menyamar, dan melepaskan tembakan secara bertalu-talu menyebabkan pemuda Palestin meninggal di tempat kejadian.

Sumber keamanan Palestin menyebutkan bahawa ketiga-tiga korban syahid adalah Muhammad Ghassan Syaikh, Muhammad Jaudah, Naser Saed Bakr. Ketiga-tiganya berada di sebuah tempat persembunyian kemudian keluar.

Israel pernah mengasingkan Muhammad Ghassan Syaikh, juru bicara Brigade Syuhada Al-Aqhsa untuk beberapa ketika.

Dari Betlehem dilaporkan, Brigade Syuhada Al-Aqsha melakukan serangan terhadap kenderaan-kenderaan milik Yahudi jalan Alanfaq selatan Al-Quds. Hingga kini belum ada laporan korban dalam peristiwa tersebut.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.