US memperbaharui perjanjian minyak dengan Israel


Tel Aviv, Rabu, 24/11/2004 – Pegawai rasmi US hari ini telah memperbaharui perjanjian pembekalan minyak kepada Israel. Perjanjian ini pertama kali ditandatangani pada perjanjian damai yang penuh kontroversi antara Israel dan Egypt pada tahun 1979.


Perjanjian tersebut menyebabkan Israel menyerahkan Semenanjung Sinai dan telaga minyak kepada Egypt.

Pegawai rasmi US dan Israel berkata, perjanjian tersebut bertujuan untuk memastikan pihak Israel mendapat bekalan secukupnya dan seterusnya dapat meneruskan siri pembantaian kepada rakyat Palestin.

Jurucakap US di Tel Aviv berkata perjanjian tersebut merupakan satu contoh hubungan rapat antara 2 negara.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.