Bekas Ketua Tentera Israel Mati Lemas.


Tel Aviv, Rabu, 24/11/2004 – Bekas ketua tentera Israel Rafael Eitan (75 thn) mati selepas lemas di pelabuhan Ashdod, selatan Tel Aviv.


Eitan dilaporkan jatuh apabila struktur jeti musnah dan menyebabkan dia terjatuh ke laut dalam di mana dia bekerja sebagai penasihat kepada syarikat pembinaan.

Helikopter dan bot penyelamat melancarkan operasi menyelamat namun mayat dijumpai 2 jam kemudian.

Di waktu usia mudanya, dia pernah memasuki pasukan gerila Israel yang terkenal seperti Hagana dan Stern.

Peristiwa berdarah di Beirut (Shabra Shatila) pada tahun 1982 adalah hasil kerja tangannya yang mana peristiwa tersebut telah menyaksikan aksi pembantaian yang cukup ngeri.

Karier terakhir beliau sebelum bersara adalah menjadi menteri pertanian dan persekitaran semasa B.Netanyahu menjadi PM.

Rafael Eitan (kanan)

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.