Israel menolak cadangan keamanan Syiria


Khamis, 25/11/2004 – Presiden Syiria Bashar Al Asad (gambar) telah pun bersedia untuk memulakan rundingan dengan Israel tanpa mengenakan sebarang syarat, menurut perwakilan PBB yang melawat Timur Tengah. Namun begitu, Israel menolak cadangan itu dan menganggapnya sebagai satu propaganda.

“Presiden Asad telah sekali lagi menyatakan kepada saya bahawa beliau sudi menghulurkan tangan terhadap Israel sebagai tanda perdamaian dan beliau setuju untuk kembali ke meja perundingan tanpa sebarang syarat.” Ujar Terje Roed-Larsen selepas perbincangan dengan pemimpin Syria di Damaskus pada Rabu lepas.

“Ini satu petanda yang amat menggalakkan kerana kami di PBB tidak percaya bahawa akan wujud satu keamanan yang berkekalan melainkan terdapat satu usaha damai yang menyeluruh.” Katanya lagi.

Tawaran ditolak

Namun begitu, Israel telah dilaporkan menolak tawaran tersebut sebagai usaha propaganda bertujuan untuk mengalihkan tekanan daripada Ameika Syarikat.

Presiden Syiria, Bashar Al Asad (gambar kanan)

“Ini seolah-olah seperti satu gerakan propaganda daripada syiria” Menurut Pegawai senior menteri luar pada hari rabu mengenai cadangan tanpa rahsia.

“Pihak Syiria bertindak sedemikian kerana mereka telah tersepit selepas Amerika melancarkan sekatan dan PBB telah mengundi Lubnan.”

“Sekiranya cadangan tersebut sampai kepada kami melalui saluran Amerika, barulah kami bersedia untuk rundingan” tambah pegawai tersebut, merujuk kepada balasan cadangan oleh Damascus dalam beberapa bulan lepas.

Perjanjian damai di antara Syiria dan Israel mengenai Bukit Golan telah gagal pada Januari 2000 yang telah diceroboh oleh penduduk Yahudi pada perang 1967 yang kemudiannya dirampas semula.

Roed-Larsen telah bertemu dengan Al-Asad dan menteri luar Syiria Faruq al-Shara di Damascus untuk membincangkan status proses damai di Timur Tengah.

Peluang

Cuma sekiranya cadangan tersebut mencapai kepada kita menerusi saluran dari Amerika yang betul barulah kami bersedia untuk berbincang.”

“Kami telah menekankan akan kepentingan untuk mengadakan satu prses damai yang menyeluruh” Menurut Roed-Larsen.

Terdapat juga “potensi peluang” dari pihak Israel-Palestin dengan pilihanraya Januari yang berlangsung bagi mencari pengganti beaks pemimpin Palestin, Yasir Arafat dan cadangan Israel berundur dari Semenanjung Gaza tahun hadapan, menurutnya lagi.

Presiden Israel Moshe Katsav telah menjemput Al-Asad bagi melawat Jerusalem bagi perbincangan pada bulan Januari sekiranya Syiria berhenti menyokong kumpulan pejuang Palestin dan Hizb Allah dari Lubnan. Menurut Syria, mereka tidak boleh mengambil cadangan tersebut sebagai satu cadangan.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.