Pesawat Pejuang Israel Serang Lembaga Pendidikan di Khan Yunis

Selasa, 20/11/2004 – Sumber Palestin menyebutkan bahawa sebuah pesawat Israel pagi semalam menggempur sebuah Yayasan Pendidikan milik Gerakan Jihad Islami di bandar Khan Yunis mengakibatkan sebahagian bangunan hancur.

2 tingkat bangunan itu yang digunakan untuk aktiviti mendidik hanya mengalami kerosakan kecil dan tidak ada kematian dilaporkan.

Sementara itu pejuang Palestin masih terus menggempur penempatan Sidrut hingga pagi semalam dengan roket Al-Qassam. Pihak Israel sendiri menyatakan gagal menghalang serangan roket-roket kumpulan pejuang itu. Serangan roket-roket tersebut mengakibatkan penempatan Yahudi di sebelah utara Semenanjung Gaza mengalami kerosakan.

Di Bethlehem, pasukan Israel masih mengekalkan sekatan terhadap penduduk di sana. Pagar-pagar tentera dipasang sehingga penduduk tidak boleh melaluinya. Pasukan penjaga sempadan Israel juga telah menahan 100 penduduk Palestin di barat daya baldah Hidr..

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.