Konvoi bantuan dan bantahan Physicians for Human Rights disekat.

Isnin ,19/01/2009 – Beratus-ratus penduduk Israel, Palestin dan penyokong antarabangsa organisasi Physicians for Human Rights cuba untuk mengambil bahagian dalam protes dan tindakan solidarity pagi Sabtu lepas (17/1/09) .

Lebih 300 penyokong dan ahli Physicians for Human Rights berarak untuk mengiringi penghantaran bantuan kecemasan ke Semenanjung Gaza pada pagi Sabtu lepas  sebagai protes serangan tentera Israel ke atas Semenanjung Gaza.

Kumpulan tersebut merancang untuk mengadakan kawalan berdekatan Yad Mordechai, berhampiran lintasan Karem Shalom. 3 bas berlepas dari Tel Aviv dan yang lain-lainnya dari Jerusalem, Taybeh dan Beersheba. Kebanyakan bas diarahkan untuk berpatah balik oleh pihak berkuasa Israel yang mengadakan sekatan jalanraya sebelum lintasan tersebut.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah :  kumprinx