Ibu serta 5 beranak syahid Sabtu lepas.

Isnin ,19/01/2009 – Ibu bersama 5 anaknya menemui syahid selepas terkena bedilan bom udara di kem Buraij di tengah Gaza menjadikan jumlah syuhada kepada 1151 orang. Sumber perubatan berkata mereka adalah Manal al-Batran, 35, serta anak-anak beliau: Bilal, 2, Izzidin, 3, Iman, 10, Ihsan, 10, Islam, 15 terbunuh dalam bedilan tersebut.

Menurut sumber berkenaan 2 lelaki lain menemui syuhada selepas motorsikal yang mereka naiki dibedil oleh Israel di perkampungan Fakahri dan Bani Suhaila.

Eisa Rmeilat, 14, terbunuh serta 6 lagi cedera di kem Shaboura di Rafah manakala 8 lagi cedera di Sofa diceroboh tentera Israel. Bedilan bom udara di di Masjid AMin dan Khaled Ben-al-Walid di Satr al-Gharbi dan Khan Younis menyebabkan kecederaan kepada Nader Abu Rizeq dan anak perempuannya berumur 4 tahun.

Bedilan-bedilan tersebut menggunakan bom yang mengandungi fosforus sejenis bahan kimia yang berupa serbuk putih yang mudah terbakar dibedil dari darat, laut dan udara oleh tentera rejim Zionis.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah :  anonymous

2 Comments
  1. Moga ALlah memberkati roh-roh saudara kita yang telah ditakdirkan mati dengan cara yang paling menyedihkan ini.Amin

Comments are closed.