15 000 Orang Yahudi Keluar Dari Israel Setiap Tahun

Selasa , 30/11/2004 – Perwakilan rasmi kerajaan Israel telah mengeluarkan data yang dilakukan kerja sama dengan pusat statistik menyatakan bahawa 15 000 warga Yahudi meninggalkan Israel setiap tahun tanpa kembali lagi.

Dalam kenyataan lain perwakilan rasmi itu menyebutkan bahawa jumlah warga Yahudi yang datang setiap tahun dianggarkan 20 000 Yahudi, 33% di antara mereka adalah penganut Yahudi asal, dan 67% dari mereka bukan Yahudi dari asal (ibu bapa bukan keturunan Yahudi).

Dewan Yahudi dan perwakilan rasminya menyatakan kegelisahan mendalam atas jumlah demografi yang menurun drastik sejak 29 tahun terakhir Israel terlibat konflik dengan Arab.

Israel sudah menjadi tempat tidak selamat kerana perbuatan terkutuk rejim Zionis sendiri yang merampas tanah rakyat Palestin. (kanan)

Data statistik rasmi Israel juga menunjukkan bahawa tahun 2002 jumlah pendatang selain daripada Yahudi mencapai 51% dari total keseluruhan pendatang, 11% dari mereka adalah Kristian. Namun 50% dari mereka terlibat dalam tentara Israel.

Menurut Aljazeera, sejarahwan Yahudi Prof. Dany Maghobestes menilai penurunan ini adalah isyarat Israel dalam bahaya. Pengarang buku ?eksodus dan penguasaan di Israel? menyatakan bahqwa konflik yang terjadi sekarang di timur tengah merupakan konflik generasi ke generasi namun ia sesungguhnya konflik demografi yang sangat jelas, jumlah antara 400 juta warga Arab di timur tengah dan 5,5 juta Yahudi.

Maghobestes menyatakan faktor arus eksodus Yahudi balik kerana munculnya Intifadoh kedua dan berkembang menjadi penentangan bersenjata dan perang. Disamping itu ada faktor kemiskinan yang berkembang, mundurnya ekonomi dan pengangguran.

Wartawan Evi Shauhat menyatakan, faktor eksodus balik Israel adalah kerana prosedur atau hukuman yang dikenakan ke atas mereka yang ingin kembali ke Israel tidak dapat diterima oleh masyarakat. Ini kerana Israel tidak mengiktiraf mereka yang ingin kembali sebagai Yahudi.

Jumlah Yahudi yang datang ke Israel sejak tahun 1990 hampirr 100 000 dan 70 543 keluar dari Israel. Tahun 2002 Yahudi Kanada datang berjumlah 3790 orang dan 30% dari mereka meninggalkan Israel.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.