Menteri Kehakiman: Abbas bukan lagi Presiden Palestin yang sah !

Isnin ,19/01/2009 – Menteri Kehakiman Palestin, Mohamed Al-Ghoul menyatakan kesemua keputusan ataupun syarat-syarat yang dibuat oleh Ketua Pihak Berkuasa Palestin Mahmoud Abbas yang tamat tempoh perkhidmatannya pada 9/1/2009 adalah tidak sah dan tidak perlu diikuti oleh rakyat Palestin. Beliau menambah, artikel 36 berkenaan tempoh kuasa presiden selama 4 tahun telah membuatkan Abbas bukan lagi Presiden bagi rakyat Palestin dan tiada kuasa yang sah untuk menandatangi apa-apa perjanjian bagi pihak Palestin.

Pihak kementerian itu menyatakan bahawa kerajaan yang sah dan berdaulat pada ketika ini adalah kerajaan yang diketuai oleh Ismail Haneyya yang menjadi wakil kepada negara dan rakyat Palestin. Tiada siapa yang mempunyai kuasa yang sah ketika ini kecuali kerajaan yang beliau ketuai. Ghoul meminta agar masyarakat antarabangsa khususnya negara Islam dan Arab termasuk pihak yang rasmi ataupun tidak rasmi untuk hanya berhubung dengan kerajaan Ismail Haneyya ini.

Ghoul juga menekankan bahawa usaha untuk menahan dan menyiasat Abbas di Mahkamah Palestin harus segerakan di atas ratusan kesalahan yang “jenayah dan pengkhianatan berat” yang dilakukan oleh beliau termasuk konspirasi menentang rakyatnya sendiri dengan bersetongkol bersama puak Yahudi Laknatullah dan membelakangkan kepentingan negara dan rakyat.

Beliau menegaskan bahawa hak-hak rakyat Palestin terhadap isu hubungan Palestin-Israel tidak akan berganjak walau sedikitpun dan rakyat tidak akan termakan dan tertipu dengan usaha-usaha Abbas ketika ini yang sedang berusaha melaung-laungkan kempen bersatu dan menghormati undang-undang Palestin bagi menaikkan semangat kebangsaan Palestin yang sudah semestinya menguntungkan beliau.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah :  Abu Nasih

4 Comments
  1. Kesian rakyat palestin mempunyai presiden mahmood abas laknatullah ni. Sama macam mesir yang mempunyai Presiden Hosni Mubarak.

  2. sila cakap kepada pihak kerajaan Malaysia yang si bedebah abbas tu dah habis tempoh jawatan..supaya depa semua tu tak lupa atau buat lupa..beri sokongan penuh padu kepada ismail haniyeh tu yang pro Islamic!! rm1 setiap seorang x 24 juta = rm24juta derma kepada rakyat palestin tu…

Comments are closed.