Industri Perkilangan Rejim Zionis di Erezt kerugian 35 juta USD

Tel Aviv, 30/11/2004 , Selasa – Pengerusi persatuan pengusaha-pengusaha industri perkilangan Israel, Odid Terra, semalam (29/11) telah membuat kenyataan rasmi bahawa industri perkilangan di daerah Erezt (utara Gaza) telah mengalami kerugian bersih sebanyak 35 juta USD.

Kerugian yang terpaksa ditanggung oleh pengusaha-pengusaha perindustrian tersebut adalah kerana kegiatan Intifadah rakyat Gaza yang telah kembali bersemarak sepanjang tahun 2004. Serangan-serangan ke atas tentera rejim dan juga kepentingan-kepentingan rejim (terutamanya kilang-kilang) telah membuatkan kilang-kilang tersebut kehilangan pekerja dan juga kehilangan para pelabur yang menjadi penyumbang dana kegiatan ekonomi mereka.

Keadaan yang kritikal ini telah memaksa pihak kerajaan rejim mengambil keputusan untuk menutup kilang-kilang di kawasan tersebut dan memindahkannya ke luar negara. Untuk memindahkan kilang-kilang tersebut pula, kerajaan rejim terpaksa membelanjakan sebanyak 14 juta USD yang lain.

Erezt terletak di utara Gaza, dan merupakan tanah rakyat Palestin yang telah dirampas oleh rejim Zionis semenjak tahun 1967. Setelah menghalau penduduk asalnya, pihak rejim telah menjadikannya sebagai pusat kegiatan industri perkilangan mereka.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.