Kebiadaban Israel Sebulan Lalu, 53 Syahid 314 Cedera


1/12/2004, Rabu – Akhlak barbarisma kerajaan Israel di Palestin semakin meningkat. Pusat Kesihatan Palestin menyatakan, sejak 28 bulan Oktober lalu hingga 29 November bulan ini pasukan penjajah Israel telah membunuh 53 orang, 11 diantaranya anak-anak dan 3 perempuan, dan seramai 314 orang mengalami kecederaan.

Data statistik menyebutkan bahawa Israel melakukan kekerasan dan permusuhan terhadap beberapa hospital dan pusat kesihatan masyarakat, melarang ambulan untuk menolong mereka yang syahid, tidak menghormati tindakan pekerja kemanusiaan dan media.

Mangsa rejim Zionis tidak mengenal usia

Data juga menegaskan bahawa kematian akibat serangan langsung oleh tembakan mencapai 64% dari total jumlah, 19% terkena serangan tank-tank dan pesawat Israel, dan lima kematian(baca : syahid) meninggal dalam keadaan terpisah-pisah anggota tubuh semuanya dari Semenanjung Gaza atau 9% dari total kematian.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.