Zionis Israel Tembak Mati Pemuda Palestina di Ramallah


Ramallah, Jumaat, 3/12/2004 Zionis Israel membunuh seorang pemuda Palestin berhampiran bandar Ramallah. Pemuda itu dibunuh hanya kerana datang mendekati pagar pos pemeriksaan tentera di daerah tersebut.

Sumber-sumber Palestin mengatakan, pasukan tentera Zionis Israel yang mengawal Tel Ashur dekat Baldah Kaver malik di sebelah timur bandar Ramallah menembak mati pemuda Nabiel Sualiman Muhammad (25 tahun). Menurut sumber Palestin lagi, pemuda itu terus ditembak sebelum memberi apa-apa arahan supaya menjauhi kawasan tersebut.

Beberapa sumber lain menyebutkan, pemuda itu adalah seorang yang kurang waras akal fikirannya, namun itu tidak menjadi sebab bagi Zionis Israel untuk membuat pertimbangan.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.