Egypt membebaskan tahanan Israel, Azzam Azzam.

Isnin, 6/12/2004 – Semalam, seorang tahanan Israel yang di tahan di Egypt atas tuduhan mengintip untuk kerajaan Zionis telah dibebaskan selepas separuh dari tempoh tahanan selama 15 tahun.

Azzam dipindahkan ke pelabuhan Elat di selatan Israel (baca:tanah Palestin) daripada kawasan pantai Taba pada tengah hari semalam.

Radio Israel, pembebasan ini berikutan perundingan secara intensif antara 2 pihak selama beberapa bulan.

Sebagai balasan pembebasan itu, pihak berkuasa Israel membebaskan bbrp orang pelajar yang telah ditangkap pada awal tahun ini selepas menyeberangi sempadan ke gurun Negev. Mereka dituduh merancang serangan ke atas Israel.

Pembebasan Azzam mungkin merupakan bukti dramatik akan tercetusnya hubungan antara Israel dan Egypt.

Rejim Zionis dilaporkan telah membenarkan sejumlah besar tentera Egypt ditugaskan ke sempadan antara Semenanjuang Sinai dan Jalur Gaza utk menghalang kemasukan senjata ke kawasan Palestin.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.