Hamas menolak genjatan senjata dengan Israel

Isnin , 6/12/2004 – Hamas telah menolak dakwaan bahawa terdapat sebarang perjanjian genjatan senjata dan mengulang semula keinginan mereka untuk menghancurkan negara tersebut, menolak apa yang kelihatan seperti satu kenyataan damai oleh salah seorang pemimpin kumpulan tersebut.

Tidak ada sebarang perjanjian damai pada masa sekarang sama sekali” menurut Mahmud Al-Zahhar, pemimpin tertinggi Hamas pada Ahad lepas.

“Strategi kami ialah membebaskan seluruh tanah Palestin. Ujar Zahhar merujuk kepada Semenanjung Barat, Gaza dan Jerusalem (kini dikenali sebagai Israel)

“Kami ingin memerdekakan Palestin keseluruhannya – Mahmud Zahhar (HAMAS)”

Hassan Yusuf, pemimpin tertinggi Hamas di Tebing Barat menyatakan pada jumaat lepas bahawa Hamas boleh menerima penubuhan Negara Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza dan mengadakan satu genjatan senjata yang lama dengN Israel memberikan indikasi bahawa terdapat satu peluang baru ke arah menamatkan sebarang keganasan.

Pemimpin Organisasi Pembebasan Palestin (PLO) telah cuba memujuk kumpulan-kumpulan penentang untuk menghentikan serangan ke atas Israel bagi menjamin perjalanan lancar pilihanraya pada 9 Januari ini bagi mencari ganti kepada Yassir Arafat yang meninggal dunia pada bulan lepas.

Kegusaran sewaktu pilihanraya

Hamas telah membunuh lebih beratus penduduk dan tentera Israel di dalam serangan dan ledakan bom. Pegawai Palestin risau bahawa serangan seterusnya akan menyebabkan Israel bertindas balas dengan lebih ganas dan menganggu pilihanraya presiden yang pertama diadakan sejak 1996.

Zahhar berkata, walaupun Hamas akan memboikot undi presiden, ia akan tetap menimbang untuk mengambil bahagian di dalam pilihanraya legislative Palestin yang akan di adakan pada musim bunga akan datang.